Bekas penyandang kerusi Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff
digugurkan daripada senarai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Mengesahkan perkara tersebut, Yusmadi berkata, kerusi
berkenaan bakal diisi oleh calon muka baru yang akan diumumkan oleh Penasihat
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Balik Pulau akan ada calon baru PKR bagi PRU-13.
Tunggu pengumuman Datuk Seri Anwar di Pulau Pinang malam ini. Terima kasih di
atas segalanya Balik Pulau. Alhamdulillah.
"Terima kasih Balik Pulau, beri peluang saya belajar
erti kepimpinan dan peluang berkhidmat walau tak seberapa. Mohon Maaf kalau ada
salah silap," katanya menerusi akaun Twitter awal pagi Jumaat.
Selain itu Yusmadi turut mengesahkan bahawa beliau tidak
dicalonkan di mana-mana kerusi sama ada peringkat Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri (DUN).
Menjawab soalan pengikutnya mengenai alasan beliau tidak
bertanding atau mempertahankan kerusi Balik Pulau, Yusmadi secara berseloroh
menjawab, "Setakat ini alasan yang saya ada dan mampu jawab ialah nak
ambil lesen kereta yg masih saya gagal dapat."
Yusmadi yang juga seorang peguam bertanding kali pertama
pada PRU 2008 dan menang tipis dengan majoriti 708 undi.
Beliau yang mendapat 15,749 undi menewaskan calon Barisan
Nasional (BN), Datuk Dr Norraesah Mohamad yang memperoleh 15,041 undi.
Komen aku PADAN MUKA HANG! Lain kali balik la kawasan
selalu, baru nampak ko tu buat kerja!
No comments:
Post a Comment