PAS Wilayah Persekutuan (WP) kecewa dengan tindakan Timbalan
Presiden PKR Azmin Ali mengumumkan peletakan calon di parlimen Setiawangsa dan
Labuan tanpa persetujuan PAS dan Pakatan Rakyat.
Pesuruhjaya PAS WP Mohamad Noor Mohamad berkata, Azmin tidak
berbincang dengan Majlis Pakatan Rakyat WP mengenai kerusi Setiawangsa dan
Labuan terlebih dahulu.
Malah sehingga kini beliau berkata kerusi Parlimen
Setiawangsa masih dalam perbincangan dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat belum
membuat keputusan muktamad mengenainya. ."PAS WP berasa kesal dengan
pengumuman dibuat Azmin dalam media pada Rabu bahawa PKR akan bertanding di
tiga kawasan iaitu di Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan.
"PAS WP merasakan kenyataan Azmin tidak mencerminkan
semangat setiakawan dan perpaduan antara Pakatan Rakyat khususnya peringkat
Wilayah Persekutuan," katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Parlimen
Titiwangsa di sini, Jumaat.
Mohamad berkata PAS WP turut menegaskan bahawa pengumuman
sebarang kerusi di WP perlu melalui perbincangan dengan Majlis Pakatan Rakyat
WP.
"Azmin tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan
mana-mana kerusi yang akan ditandingi oleh PKR tanpa persetujuan daripada PAS
dan Pakatan Rakyat," katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata PAS perbezaan pandangan
adalah perkara biasa dalam PR namun ia perlu diurus dengan baik.
"Sepatutnya perkara ini akan dapat diselesaikan melalui
perbincangan.
"Kalau boleh dibincang di peringkat dalaman sebelum
umum kepada media," katanya.
Pada Rabu, Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR
mengumumkan parti itu akan bertanding di tiga kerusi Parlimen, iaitu di Labuan,
Bera dan Setiawangsa.
Beliau dilaporkan berkata ketiga-tiga kerusi berkenaan
sebagai ganti kepada kerusi yang diumum Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi
Awang iaitu Temerloh dan Kangar.
No comments:
Post a Comment