Parti Keadilan Rakyat (PKR) hampir rasmi menjadi Parti Anak
Beranak Sendirian Berhad dengan desas desus kedengaran bahawa seorang lagi anak
Anwar,iaitu Nurul Nuha akan bertanding di Permatang Pauh dalam PRU ke-13
nanti.Nama Nurul Nuha menjadi pilihan Anwar setelah mendapat laporan bahawa
calon yang dikemukakan sebelum ini iaitu,Dr. Muhammad Nur Manuty,yang juga
Pengerusi PKR Perak telah ditolak oleh pengundi di situ.Pantas,Anwar meletakkan
nama anaknya bagi memastikan pengaruh keluarganya kekal di kawasan tersebut.Bapa
Anwar,Datuk Ibrahim Abd. Rahman juga merupakan ahli Parlimen di situ sebelum
Anwar maka pencalonan Nurul Nuha mungkin dilihat sebagai bersifat sentimental
atau mungkin juga peribadi bagi keluarga mereka.Kenapa Nurul Nuha yang masih
muda dan tiada pengalaman yang dipilih ???
Kenapa tidak letakkan Nurul Izzah sahaja sedangkan Izzah
juga jenuh terbang merayau-rayau mencari kawasan kerana sudah ditolak di
kawasan sendiri.Namun,khabarnya terpaksa kekal kerana hanya itulah saja kawasan
yang paling selamat baginya.Jawapan kenapa Nuha dan bukan Izzah adalah kerana
hanya Nuha sahaja yang masih ‘suci’,yang mampu memulihkan imej bapa,ibu dan
kakaknya yang sudah sebati dengan imej pengkhianat,pelakon dan peliwat.Nurul
Izzah,diketahui sudah terlalu banyak menghiris hati orang Melayu dan orang
Islam.Kecenderungannya ke arah fahaman liberal amat ketara dan tindakannya
mengulas perihal agama dan membenarkan pula umat Islam menukar agama merupakan
satu kesilapan yang tidak dapat diperbaiki lagi.Malah,keengganannya untuk
meminta maaf atas keterlanjuran kata tetapi sebaliknya memilih untuk menipu dan
memutar-belit kenyataan sendiri dalam usaha memperbaiki kesilapan tersebut
telah menghancurkan terus imejnya di pihak yang bersetuju dengannya sebelum
itu, dan juga di pihak yang menentangnya.Nurul Izzah juga telah berkali-kali
menyerlahkan pengkhianatannya terhadap negara sendiri.Bukan sekali beliau
memburukkan Malaysia di luar negara dan bukan sekali beliau seolah-olah sengaja
atau sememangnya bodoh dengan membuat kenyataan yang kurang tepat dan tidak
wajar mengenai rahsia-rahsia pertahanan negara.
Baru-baru ini ketika insiden Lahad Datu membawa rakyat
Malaysia bersatu dan menyemarakkan semangat cintakan negara dan ketika kita
berbangga dengan wira-wira kita,Nurul Izzah sekali lagi membuat kenyataan yang
menunjukkan kepada dunia betapa beliau tidak berkongsi semangat dan sentimen
yang sama dan tidak ada pengetahuan langsung mengenai pasukan keselamatan dan
pertahanan negara.Wan Azizah pula,hanyalah boneka buruk kerana nak dikatakan
perhiasan pun sudah tidak boleh lagi.Jika perhiasan tentulah Anwar bangga
memakainya tetapi Wan Azizah hanya ditolak ke depan bila perlu sahaja. Iaitu
bagi menonjolkan imej Anwar sebagai suami dan bapa yang baik.Selebihnya,Azizah
langsung tiada suara,melainkan air mata dan senyum paksa semata-mata.
Maka, kemunculan Nurul Nuha diharap sebagai memberi nafas
baru kepada imej keluarga yang sudah punah ranah ini. Sebagai orang baru,Nurul
Nuha belum sempat berbuat silap atau tersalah cakap.Tiada apa yang boleh
dikorek atau diburukkan mengenai Nuha,maka sesiapa sahaja tandingannya di
Permatang Pauh akan menghadapi kesukaran.Bermodalkan legasi keluarga dan air
mata ibu yang pasti akan turun membantu,tidak mustahil Nuha boleh
menang.Satu-satunya ‘setback’ bagi Nuha ialah gambaran nepotisme yang amat
jelas dalam parti PKR.Selain itu,oleh kerana belum mempunyai rekod,Nuha perlu
meyakinkan rakyat Permatang Pauh bahawa beliau mampu bekerja dan bukan hanya
berpolitik seperti bapa,ibu atau kakaknya.Apapun,jika pengundi Permatang Pauh
sebelum ini menolak UMNO kerana termakan tuduhan PR bahawa UMNO mengamalkan
nepotisime dan kronisme,maka adalah wajib bagi mereka untuk menolak PKR jika
Nurul Nuha menjadi calon dalam PRU kali ini.
No comments:
Post a Comment