Wednesday, 24 April 2013
OOOOOO! KALAU TUN M BUAT SALAH! KALAU PAKATAN LETAK ANAK BERANAK TAKPE YA?
Melihat kesungguhan bekas Perdana Menteri keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir terbabit dalam kempen di serata negeri dan ceruk rantau, membuatkan para pemimpin Pakatan Rakyat kepanasan dan bagaikan cacing dijemur di bawah terik mentari. Para pecacai Pakatan dengan mudah mengeluarkan kenyataan kononnya, Mahathir sibuk berkempen untuk menaikkan anaknya, Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.
Tidak ada bunyi langsung kedengaran dari mulut Tun Dr. Mahathir bahawa anaknya itu perlu dinaikkan menjadi Menteri Besar. Malah tidak juga berbunyi dari sebelah pihak lagi iaitu Ahmad Bashah Hanipah, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang dia sedang berjuang untuk mendapatkan jawatan Menteri Besar buat dirinya.
UMNO Kedah kelihatan cukup bekerjasama antara satu sama lain untuk merampas Kedah dari tangan PAS dan peluang yang terbuka dengan sokongan meluas daripada rakyat jelata yang tidak berpuas hati selama hidup lima tahun di bawah pentadbiran PAS, membuatkan mereka terlalu sibuk menyusun strategi berbanding menyusun kaedah menjadi Menteri Besar.
Ketakutan para pecacai akan kekalahan, ternyata membuatkan mereka dengan begitu mudah menghamburkan fitnah dan kata-kata keji terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia itu.
Anehnya, mereka seperti babi yang mengejek beruk, kononnya busuk tanpa sedar, diri sendiri cukup busuk dan menjijikkan. Pakatan Rakyat menuduh Tun Mahathir cuba menaikkan anak lelakinya walaupun sebenarnya Tun Mahathir tidak lagi mempunyai kuasa dalam kerajaan. Bahkan Tun Mahathir juga tidak mempunyai kuasa dalam UMNO, parti terbesar yang turut dianggotai oleh Mukhriz Mahathir.
Berbanding pula dengan Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Lim Kit Siang!
Anwar Ibrahim telah melantik anak perempuannya, Nurul Izzah sebagai Naib Presiden PKR. Nurul Izzah juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai dan sentiasa dibantu oleh Anwar Ibrahim untuk mempengaruhi pengundi-pengundi Lembah Pantai agar terus menyokong anak perempuannya itu. Manakala isterinya pula, Wan Azizah Wan Ismail, merupakan Presiden PKR.
Lim Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, adalah anak lelaki Lim Guan Eng, Penasihati Seumur Hidup DAP. Lim Guan Eng mewarisi jawatan Setiausaha Agung DAP manakala isterinya, Betty Chew menjadi ADUN Kota Laksamana. Kuasa dalam DAP banyak berkisar di sekeliling keluarga Lim Kit Siang semata-mata. Manakala golongan yang cuba mengurangkan kuasa keluarga Lim Kit Siang, pasti akan berhadapan dengan tindakan yang amat sadis.
Karpal Singh mempunyai dua orang anak lelaki yang terlibat secara aktif dalam politik iaitu Jagdeep Singh dan Gobind Singh Deo. Walaupun dilihat kurang membantu kedua-dua orang anak lelakinya itu dalam kerjaya mereka selaku ahli politik, Karpal Singh banyak menggunakan pengaruh dan kedudukannya yang bersekongkol dengan Kit Siang untuk memastikan anak-anak lelakinya itu mempunyai tempat dalam hierarki DAP.
Dalam PAS, anak Nik Abdul Aziz dan menantu Hadi Awang, terlibat secara langsung dengan politik. Nik Abduh bertanding dalam PRU13 sebagai calon Ahli Parlimen Pasir Mas. Manakala menantu Hadi Awang pula, terlibat dalam konflik dalaman PAS Kawasan Larut Matang-Selama apabila cuba memboikot dan mencantas Fauzi Shaari yang baru sahaja masuk PAS.
Masakan puak pecacai Pakatan Rakyat tidak dapat melihat fenomena ini? Mengapa pula mereka cuba menyalahkan Mahathir tetapi gagal melihat pemimpin-pemimpin mereka sendiri? Kalaupun Mahathir membantu anak lelakinya dalam PRU13, bantuan yang diberikan ialah ketika dia sudah tidak lagi berkuasa.
Berbeza pula dengan para pemimpin Pakatan Rakyat yang begitu bersungguh-sungguh menghimpunkan anak isteri dan kaum keluarga untuk menguasai hierarki parti seolah-olah ahli-ahli parti yang lain langsung tidak mempunyai nilai dan tidak mempunyai kebolehan sebagai pentadbir mahupun sebagai penggubal undang-undang.
Lain kali, sebelum hendak tembak, lebih baik periksa dulu punggung sendiri. Mungkin punggung sendiri penuh tahi sedangkan punggung orang lain dah bersih dan cuci.
Sumber: Selangor Daily
No comments:
Post a Comment