Kesian MKP tengok menteri besar kedah jatuh tersungkur
selepas mengadap YDP Agong bagi mendapatkan perkenaan pembubaran DUN Kedah
sebentar tadi. Mungkin ini tandanya kejatuhan PAS kedah.
Baru-baru ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak,
menyatakan kepada media bahawa dia masih lagi mampu memerintah negeri itu dan
tidak perlu digantikan dengan orang lain. Dia mendabik dada dengan menyatakan
bahawa dia mentadbir negeri itu dengan profesional.
Selain itu, katanya Kerajaan Pas Kedah tidak perlu berhutang
dengan Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan awam di bawah Kerajaan
Negeri itu. Pendeka kata, dia sememangnya hebat, walaupun akhirnya dalam sidang
media itu dia meminta “simpati” dari rakyat memandangkan dia baru saja
sepenggal memerintah Kedah.
Dia membuat kenyataan itu apabila Datuk Mukhriz memintanya
mempertimbangkan supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan
menyerahkannya kepada Datuk Ir. Amiruddin Hamzah. Desakan itu dibuat
memandangkan status kesihatannya yang sering terjejas sejak kebelakangan ini.
Selain itu, bekas Mufti Perlis yang selalu cuba mencari
publisiti, Dr. Asri, yang dilihat seolah-olah condong kepada pro-liberal,
memerli Azizan Razak menyatakan bahawa tiada sebarang perubahan untuk
memartabatkan Islam di Kedah berbanding dengan apa yang berlaku di Kelantan.
Pertamanya, pada pandangan saya, cara Azizan Razak menjawab
desakan Mukhriz itu menunjukkan bahawa dia tidak profesional. Mukhriz meminta
dia meletak jawatan kerana di tidak sihat dan bukannya menuduh Azizan sebagai
tidak profesional atau sebaliknya. Orang lain ambil berat mengenai
kesihatannya, dia pula nak melenting. Profesionalkah begitu?
Keduanya, Azizan menyatakan dia tidak berhutang dengan
Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan awam negeri Kedah. Memang benar.
Namun, apa yang dimaklumkan kepada saya, Azizan telah menyalahgunakan wang yang
diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM150 juta
setahun yang sepatutnya digunakan untuk memperbaiki jalan persekutuan di negeri
itu.
Namun, dikhabarkan sebahagian besar wang tersebut telah
digunakan untuk membayar gaji para kakitangan awam negeri itu. Perkara ini
sememangnya diketahui oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional tentang bagaimana
Kerajaan Pas Kedah itu membuat “rolling” duit peruntukan jalan tersebut.
Pengerusi Perhubungan UMNO yang juga ADUN Bakar Bata, Datuk Bahshah Hanipah,
pernah mengutarakan persoalan “kehilangan” duit peruntukan dari Kerajaan Pusat
itu.
Namun, Kerajaan Pas Kedah berdolak dalik dalam memberi
jawapan dan memberitahu bahawa wang tersebut masih ada. Namun sampai sekarang,
Kerajaan pimpinan Azizan Razak masih gagal membuktikan bahawa wang tersebut
masih ada di dalam akaun Kerajaan Negeri. Apakah ini yang dikatakan
“profesional” oleh Azizan?
Ketiganya, saya kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Asri
itu. Memang benar Azizan tidak buat apa-apa yang memartabatkan Islam di Kedah.
Namun, Nik Aziz, meskipun sudah berpuluh-puluh tahun mentadbir Kelantan, hanya
sebuah masjid saja yang mampu dibinanya. Sedangkan rumah ibadat agama lain dan
patung-patung berhala menjadi keutamaaan Kerajaan pimpinan Tok Guru itu.
Apa yang Tok Guru buat di Kelantan untuk memartabatkan Islam
hanyalah menaikkan papan tanda yang memaparkan aurat muslim dan muslimah, serta
larangan membuat maksiat di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Malangnya, meskipun
sudah berpuluh tahun dasar papan tanda itu dilaksanakan, aurat muslim dan
muslimah di negeri Kelantan masih lagi terdedah di sana sini.
Malah, statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Aids Malaysia
baru-baru ini membuktikan Nik Aziz gagal membendung gejala maksiat melalui
papan tandanya. Kelantan masih lagi menjuarai carta penghidap HIV di negara ini
untuk tiga tahun berturut-turut, hatrik! Justeru itu, bolehkah kita katakan
bahawa Nik Aziz melakukan sesuatu yang memartabatkan Islam di Kelantan berbanding
Kedah?
Saya melihat, apa jua dasar yang dilaksanakan oleh Pas sama
ada di Kedah atau Kelantan, adalah sangat kurang keberkesanannya. Dasar memang
dilaksanakan, namun tidak mendatangkan sebarang hasil. Ini membuktikan
ketidakcekapan Pas dalam pentadbiran secara menyeluruh.
Jika tumpu pada ekonomi, sosialnya akan tercicir. Jika tumpu
pula pada sosial, ekonominya jatuh merudum. Dan jika ditumpu pula pada
spiritual, makin teruk pula moral dan akhlak mereka. Jika tidak, takkanlah
rumah pelacuran yang kurang 1 kilometer dari Pejabat Menteri Besar Kelantan pun
Nik Aziz boleh tak tahu!
Justeru itu, Azizan tidak perlulah meminta simpati dari
rakyat untuk mengasihaninya. Jika tidak mampu tadbir, mengaku sajalah dan
berilah kuasa tersebut untuk ditadbir orang lain. Kalau jatuh tersungkur nanti
siapa yang malu? Azizan mahu surat khabar melaporkan berita dimuka depan
“Menteri Besar Kedah jatuh tersungkur dalam selut”? Bukan apa, UMNO sebenarnya
“tak sanggup” Azizan Razak dimalukan sebegitu…
www.mykmu.net
No comments:
Post a Comment