Tuesday, 2 April 2013

Komplot pengganas Sabah dikesan menerusi SMS


 

Pembabitan individu pembangkang yang mendalangi penerobohan pengganas Sulu di Sabah bukan lagi khabar angin berikutan penemuan SMS terbaru di antara individu itu dengan keluarga Kiram III.

Individu itu bukan saja menyalurkan sejumlah wang yang besar kepada militan Kiram, tetapi juga terdapat petunjuk baru berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS) yang menampilkan beberapa janji lain terhadap kumpulan penceroboh.

Sebuah blog tempatan mendedahkan sumber daripada pasukan keselamatan yang mendapati beberapa sms dalam bahasa Inggeris di antara individu pembangkang dengan pengganas Kiram, yang dipercayai dihantar kepada pihak perantara membabitkan anggota pejuang Moro (MNLF).

SMS dari individu pembangkang di Malaysia antaranya ialah Parlimen akan dibubarkan pada hujung bulan Februari lalu. Kucar-kacir mesti dibuat pada hari yang sama. Keadaan mesti dihuru-harakan supaya Najib (Perdana Menteri) terpaksa mengisytihar "darurat".

Individu pembangkang itu juga berjanji akan menyalurkan wang sebanyak 50 peratus sebagai deposit menaja keganasan di Sabah, berjanji akan memberikan pangkat dan jawatan jika parti pembangkang berjaya mentadbir Malaysia.

SMS itu juga memberi peringkatan bahawa "kami tidak kenal kamu dan kamu tidak kenal kami". Dalam ertikata lain masing-masing tidak akan bertanggung jawab atas apa yang akan berlaku pada hari depan.

Sementara itu di pihak MNLF pula dikatakan membalas beberapa SMS, antaranya meminta penaja memberikan wang untuk operasi pencerobohan “Beri kami wang dahulu untuk beli minyak, sewa senjata, upah dan makanan”

SMS kedua mereka: “Kami mahu jawatan dalam kerajaan jika anda berjaya menjadi Presiden! Kami mahu jawatan Ketua Polis Negeri Borneo Utara, District Officer Semporna, Kunak dan Lahad Datu”.

No comments:

Post a Comment