Thursday, 4 April 2013

GEMPAR!!! KAK WAN BERTANDING DI PELABUHAN KLANG!!?



BERITA yang baru diterima dari seorang sahabat dalam PKR bahawa Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR sah akan bertanding di kerusi DUN N46 Pelabuhan Klang. Perkara ini telah tersebar secara meluas di Parlimen Klang dengan mengatakan Wan Azizah mempunyai potensi yang tinggi untuk menang dan seterusnya bakal dinobatkan sebagai Menteri Besar Selangor pertama wanita.

Dun Pelabuhan Klang yang sebelum ini disandang oleh calon PKR, YB Badrul Hisham dengan kemenangan majoriti 4,407 undi akan diambil semula oleh PKR sebagai kerusi harapan menang Dun Selangor. YB Badrul Hisham yang telah berpaling tadah dari pembangkang dan telah pun menyerahkan borang keahlian UMNO pada Mei 2010.

Perkara ini sebenarnya telah dapat diduga sejak tahun 2011 lagi apabila PKR kecewa dengan tindakan Badrul Hisham yang mengisytiharkan menjadi wakil rakyat bebas dan mesra BN setelah dibuang dari kabinet negeri kerana tidak hadir dalam sidang dun.

Selepas Anwar mengesahkan yang beliau akan bertanding di Perak, Wan Azizah pula bakal meneruskan agendanya untuk menjadi Menteri Besar Selangor pertama dari kaum wanita. 


Laporan: Jawa Bernam

No comments:

Post a Comment