AKTOR TERBAIK LELAKI ANUGERAH OSCAR
Nik Aziz keluarkan fatwa sesat melebihi dari Allah
pulak.Hampeh punya tok guru Kelantan paling sengal didalam sejarah Malaysia.MKP
agak Pok Nik Nie dah mabuk ketum agaknya.
Menteri itu akan masuk neraka, tidak ada kuasa yang boleh
menyekat dia masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW."
Seolah-olah mempunyai kuasa menentukan balasan seseorang,
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'memutuskan' bahawa menteri
yang bertanggunjawab dalam agihan royalti minyak kepada negeri akan masuk
neraka kerana dakwanya telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.
Biarpun tidak menyebut dengan khusus nama menteri yang
dimaksudkan, dapat difahami bahawa beliau merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
Nik Abdul Aziz mempertikai kenapa royalti minyak tidak
diserahkan kepada kerajaan Pas Kelantan sedangkan mereka dengan mudah telah
mendapat habuan daripada perlombongan emas yang diusahakan sebuah syarikat dari
negara Cina.
"Sepatutnya emas dan petrol sama sahaja, sama-sama
milik kerajaan negeri, kenapa emas diberi kepada kita tetapi petrol tidak
diberi?
"Orang ini bertanggungjawab dunia akhirat, dan dia kena
sumpah, rakyat sumpah kepada menteri-menteri yang tidak bertanggungjawab jaga
royalti, akhirat kelak dia akan masuk neraka, tidak ada kuasa boleh sekat
menteri ini masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW.
"Royalti baik, balak baik, ia sama ada boleh bawa kita
ke syurga atau ke neraka, ini masalah besar, golongan sekular tidak fikir
masalah syurga neraka, sedangkan benda itu benda ada, kerana syurga neraka ini
bukan projek kerajaan, bukan projek parti, tapi daripada Allah," katanya.
No comments:
Post a Comment