Friday, 1 February 2013

PANAS : TILAWAH BIBLE DALAM VERSI ARAB....

Sekali dengar macam tilawah Quran – cuma ayat-ayat itu bukannya dari Quran. Siap dengan “sadaqallahu azim”

Begitulah yang berlaku dalam satu majlis konvokesyen di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta di bawah Yayasan Misi Global Kalimatullah – 29 Mac 2003.
Apa yang kita tahu, di Malaysia selama ini kita hidup harmoni dengan penganut Kristian.
Rasanya sebahagian besar masyarakat Kristian sendiri pun tidak pernah terfikir bahawa wujud keperluan untuk mereka menggunakan kalimah Allah itu.
Di Sabah dan Sarawak memang ia berlaku dan tidak ada ada masalah. Semua pihak bertolak ansur. Satu budaya yang diterima di sana tetapi bukan di semenanjung.
Isu itu pernah panas satu ketika dahulu tetapi sudah dilupakan pada satu peringkat atau menjadi sejuk.
Benda kembali menjadi buruk bila datangnya orang politik seperti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mahukan kalimah Allah dikongsi dan sebagainya.
Mewujudkan satu perkara yang selama ini tidak menjadi isu pun sehingga mewujudkan bibit-bibit rasa benci antara kedua agama yang lazimnya hidup penuh harmoni.
Untuk apa Guan Eng cakap menjerit-jerit pasal perpaduan dan menjaga semua kaum semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat tempoh hari jika beberapa minggu sebelum itu dia sendiri memulakan sesuatu yang tidak mencerminkan perkara itu.
Lagi menarik, selepas melontar persoalan yang menggangu status-quo hubungan antara agama di negara ini, Guan Eng – dari kumpulan yang mengaku memperjuangkan kebebasan media – kerap kali melarikan diri daripada media apabila diminta menjelaskan lanjut isu yang dimulakan kembali olehnya ketika sambutan Krismas tahun lalu.
Hakikatnya, sambutan seperti Krismas sepatutnya menjadi sambutan untuk merapatkan lagi hubungan, bukannya melakukan tindakan seperti lontar batu sorok tangan.
Klip bacaan Bible dalam bahasa Arab di bawah penulis letakan sebagai panduan untuk orang Islam dan Kristian sekali gus.
Di kalangan orang Kristian yang diajar aspek sayang menyayang dan ambil berat (antara doktrin terpenting ajaran Kristian semua mazhab) pasti sebahagian anda pun akan bertanya apakah ada keperluan untuk mengubah sesuatu yang selama ini tidak pun mendatangkan masalah dan kekeliruan.
Perbuatan seperti ini, akan hanya menjejaskan kasih sayang kedua pihak.
Jauh elok tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperlihatkan tanda hormat bertemu Ketua Mazhab Roman Katolik, Pope di Vatican tahun lalu.
Berhasil dengan Vatican menghantar wakil mereka ke negara ini dan terjalian satu hubungan yang berdasarkan hormat-menghormati dan memenuhi keperluan agama masing-masing.
Bukannya mewujudkan situasi yang mendatang marah antara kedua agama, tetapi tindakan yang merapatkan hubungan dan persefahaman antara kedua pihak.
Bagi penganut Kristian, di kalangan orang Islam pun ada kerisauan mengenai isu akidah dan kemungkinan anak mereka terkeliru.
Pandangan dan kerisauan orang Islam juga harus diberikan perhatian yang serius.
Hakikatnya, selama beratus tahun tidak pernah ada isu kalimah Allah perlu dikongsi di negara ini.
Di Borneo ada persefahaman, di semenanjung tidak pernah terlintas langsung. Secara tiba-tiba, datang kelompok ahli politik yang hanya memburukkan keadaan.
Kini, terletak di tangan penganut kedua agama itu sendiri untuk menyelesaikan isu ini tanpa merujuk kepada orang seperti Guan Eng yang mengelak diri daripada media setiap kali ditanya isu yang dia sendiri wujudkan kembali. – Mynewshub

No comments:

Post a Comment