Saturday, 2 February 2013

KHALID UMUM DUN SELANGOR AKAN BUBAR PADA 25 FEBRUARI INI ? PULAK DAH !!


PULAK DAHHH !!! Akibat menerima khabar angin yang mengatakan Najib akan bubarkan Parlimen pada 22 Februari 2013, Khalid Gagap telah mengadakan sidang media petang tadi dan memaklumkan DUN Selangor hanya akan dibubarkan pada 25 Februari 2013, bukan selepas perayaan Tahun Baru Cina seperti yang digembar-gemburkan. 

Tak kisah nak, nak bubar samada selepas atau sebelum Tahun Baru Cina, yang pasti itu lah permainan politik Khalid yang semakin kecut perut akibat transformai rakyat Selangor yang akan memastikan kerusi empuk yang memanaskan pungkok beliau dan sekutunya termasuk PUNAISIHAT bergaji RM1 di bangunan SUK diserahkan kembali kepada Barisan Nasional.

Samada suka atau tidak, PR Selangor harus berhadapan dengan rakyat Selangor yang semakin bosan dengan permainan politik YB-YB Selangor yang hanya membesarkan tembolok sendiri mahupun kroni mereka dari menjaga kebajikan rakyat. 

Khalid kini diasak hebat oleh rakyat Selangor yang menuntut HAK mereka seperti mana yang terkandung didalam "perjanjian menifesto" Pakatan Rakyat pada PRU12. Bersikap sombong dan angkuh, Khalid dan Kerajaan Selangor diheret ke mahkamah bagi memastikan HAK rakyat Selangor melalui "perjanjian menifesto" PR ditunaikan secara telus.

Azmin Ali yang dikaitkan dengan aksi berani mati di dalam tandas,terus memberi tekanan pada Khalid agar segera meninggalkan bangunan SUK.

INI SEMUA POYO !!! Sesama kita nantikan apa pulak "lawak minggu ini" hidangan Khalid Gagap and The Penyamun.

No comments:

Post a Comment