RM120 MILLION ...IT'S MINE ..IT'S MINE !!!
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) perlu
merujuk Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor terlebih dahulu sebelum
menggunakan peruntukan RM120 juta yang diberikan oleh Kerajaan Pusat bagi
mengatasi masalah bekalan air bersih di negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Syabas
tidak mempunyai sebarang kebebasan untuk menggunakan peruntukan tambahan
tersebut kerana syarikat itu tertakluk di bawah perjanjian konsesi yang telah
dipersetujui sebelum ini.
Beliau berkata, berdasarkan perjanjian konsesi, sebarang
usaha melibatkan perkhidmatan bekalan air di Selangor oleh Syabas harus dirujuk
dan mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Pengawal Selia Air Negeri.
‘‘Kerajaan negeri mempunyai kuasa dari segi kelulusan untuk
projek-projek bekalan air. Semua pentadbiran perkhidmatan bekalan air di negeri
adalah di bawah Pengawal Selia air Negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi
Negeri (UPEN).
‘‘Jika Syabas merasakan mereka bebas menggunakan peruntukan
tambahan tersebut, sebenarnya syarikat itu tidak bebas. Kerana dalam
perjanjian, syarikat itu perlu mengemukakan perbelanjaan dan mendapatkan
persetujuan kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Konvensyen Antarabangsa Pendidikan di Universiti Selangor (Unisel),
di sini hari ini.
Pada 2 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta kepada Syabas bagi
membantu mengatasi masalah bekalan air yang melanda rakyat di negeri itu.
Menurut Najib, peruntukan tersebut merupakan tambahan dana
RM606 juta kepada Syabas sebelum ini selain menunjukkan keprihatinan Kerajaan
Pusat terhadap permasalahan rakyat Selangor yang berhadapan krisis berkenaan.
Krisis tersebut tegas Najib, telah menyebabkan 430 projek
pembangunan yang membawa pelaburan bernilai berbilion ringgit di negeri itu
terpaksa ditangguhkan.
Adakah Khalid mahu menggunakan peruntukan tersebut untuk
mengisi kantung dana PRU-13 Pakatan Rakyat! Rakyat tidak akan lupa bagaimana
Khalid menyalahgunakan sebahagian daripada peruntukan kepada JKR bagi
kerja-kerja selengaraan jalanraya untuk menutup kerugian yang dialami oleh
UNISEL dan bukannya digunakan untuk menutup jalanraya yang berlubang-lubang di
sekitar Selangor?
Fikir-fikirkanlah...!!!
Suara Politik
Belantan
No comments:
Post a Comment