Friday 22 February 2013

Ketua Pengarah BTN Raja Arif Ego Dengan Kuasa Yang Beliau Ada.


"48 Orang Saya Dah Tukarkan"

Mereka yang ada kuasa selalunya memang berlainan dengan kita yang level dibawah ini. Apatah lagi jika kuasa yang dipegang oleh seseorang itu sememangnya begitu besar sehinggakan pihak yang lain tidak mampu membuat apa apa tentang keputusan orang yang bejawatan tersebut.

Ketua Pengarah BTN YM Dato Raja Arif seharusnya berfikiran matang dalam kedudukan beliau selaku seorang yang berjawatan penting dalam kerajaan. Dengan kuasa yang beliau ada selaku ketua Pengarah seharusnya amanah yang beliau pegang itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin tampa melakukan sebarang aktiviti CANTAS pegawai pegawai BTN yang bukan berada dibawah pengaruh beliau.

Gomo amat terkilan dengan ketua Pengarah BTN ini kerana telah melakukan satu gerakan yang tidak sihat yang mana MENUKARKAN pegawai pegawai BTN yang tidak berada dibawah pengaruh beliau ke lokasi lokasi yang boleh dipertikaikan.

Atas sebab apa seorang pegawai yang berpengalaman di peringkat pusat dengan banyak melakukan tugas tugas penting untuk negara di tukarkan ke lokasi JIN BERTENDANG tampa kenaikan pangkat? Apakah YANG MULIA RAJA ARIF tidak peka dengan potensi pegawai dibawahnya sehingga menukarkan mana mana pegawai yang berkebolehan membantu kerajaan?

Mungkin dalam artikel ini ada yang beranggapan Gomo beremosi apabila seorang sahabat baik Gomo ditukarkan oleh Raja Arif. Memang benar Gomo beremosi namun beremosi dengan minda yang bijak sepertimana yang Raja Arif selalu katakan bahawa nak buat sesuatu kena fikir dengan bijak.

Kejam atau tidak Raja Arif apabila menukarkan seorang pegawai yang mana isteri kepada pegawai tersebut sarat mengandung? Penangguhan diberikan kepada pegawai tersebut dan selepas bersalin isteri pegawai tersebut terus diarahkan untuk melaporkan diri di kawasan HUTAN. Mana hati perut Raja Arif selaku seorang Ketua Pengarah? Apakah beliau kini tidak berotak ataupun dipengaruhi seseorang lain dalam BTN?

Sayang Raja Arif tidak bijak dalam pekara ini apabila melakukan tindakan KUKU BESI dengan jawatan yang beliau ada untuk menukarkan pegawai pegawai yang berkebolehan diperingkat nasional ke kawasan BERUK semata mata dendam kerana pegawai tersebut bukan dibawah pengaruh beliau.

Gomo difahamkan setakat ini dengan pilihanraya yang hampir tiba sebanyak 48 orang pegawai BTN telah ditukarkan oleh Raja Arif atas sebab sebab yang tidak munasabah. Penukaran dari peringkat pusat ke kawasan pendalaman dilakukan tampa kenaikkan pangkat mahupun gaji sebaliknya mereka yang diluar pusat dibawa masuk ke Putrajaya dengan kenaikkan pangkat dan juga Gaji.

Raja Arif mungkin dapat menjawap segala tomahan ini kepada pihak di Jabatan Perdana Menteri dengan menyatakan "Pertukaran Pegawai ini adalah rutin biasa dalam sesebuah jabatan". Itu jawapan beliau dan Gomo yakin pihak atasan akan menerima jawapan tersebut. Tetapi sebaliknya perhalusi pertukaran pegawai pegawai tersebut apakah rutin kebiasaan ataupun sebaliknya.

Apakah Raja Arif mahu membina empayar di BTN? Dengan pilihanraya yang hampir tiba Gomo rasa Raja Arif telah melakukan sesuatu percaturan untuk membuat satu TABUNG KECEMASAN didalam BTN bagi menyelamatkan beliau jika ada sesuatu yang berlaku pada pilihanraya kali ini.

Kupasan lanjut mengenai sikap Ketua Pengarah BTN sila layar blog Sanggah Tok Janggut yang menceritakan lebih detail permainan Raja Arif selaku ketua Pengarah yang MENYALAHGUNAKAN KUASA yang beliau ada.

KLIK DISINI

Psssttt...... Raja Arif, Demo mungkir janji dengan amanah yang diberi Perdana Menteri.



sumber : PapaGomo

No comments:

Post a Comment