Alhamdulilah, Setelah 2 minggu pihak India Muslim mencari
siapa dalang yg memasang (gantung) banner (banting) yg isi kandungan seperti di
dalam gambar ni (WARGA INDIA MUSLIM SOKONG YAB LIM GUAN ENG DALAM ISU KALIMAH
ALLAH) setelah pihak pemuda menerima aduan berkenaan banner ini dipasang di
beberapa kawasan di Pulau Pinang
Ketua pemuda sendiri dapat melihat dengan mata sendiri dan
cuba mendekati 3 org yang berbangsa cina sedang pasang banner ini.
Tetapi mereka sempat melarikan diri dengan sebuah kereta
waja warna meroon number pendaftaran di wilayah, Sejurus itu Pihak Pemuda telah
pun membuat aduan kepada pihak polis jalan petani pada pukul 2.00pagi , Untuk
pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.
Untuk maklumat anda semua pihak ngo2 India Muslim Pulau
Pinang telah membuat sidang media dan mengatakan bantahan terhadap pengunaan
kalimah allah kepada orang yang bukan islam.
SEKALI LAGI KAMI INGIN TEGASKAN JANGAN SESEKALI BERPOLITIKAN
KALIMAH ALLAH.
GEORGETOWN - Pemuda
Liga Muslim Pulau Pinang mencadangkan semua Jabatan Mufti, Jabatan Agama Islam
dan Majlis Agama Islam negeri mewartakan kalimah Allah dalam perundangan sivil
negeri dan persekutuan.
Ketuanya, Noor Mohamed Mohamed Abdullah berkata, tindakan
mewartakan kalimah ALLAH dalam perundangan sivil bertujuan meletakkan nilai
eksklusif penggunaan kalimah hanya untuk orang Islam sama ada dalam bentuk
cetakan atau pertuturan.
"Kami memohon dan merafak sembah agar Yang di-Pertuan
Agong dan Majlis Raja-Raja mengesyorkan kepada Jabatan Agama Islam dan Majlis
Agama mewartakan kalimah ALLAH ini supaya kalimah itu tidak diguna pakai
sewenang-wenangnya orang bukan Islam," katanya pada sidang akhbar di sini
malam tadi.
Beliau berkata pihaknya bersama 13 badan bukan kerajaan
(NGO) negeri yang lain akan bekerjasama menyediakan memorandum untuk diserahkan
kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat.
Noor Mohamed berkata, pihaknya juga membantah sebarang
penggunaan kalimah ALLAH dalam apa juga bentuk cetakan yang bukan diterbitkan
untuk orang Islam.
"Jika dibenarkan penggunaan kalimah ALLAH untuk tujuan
tersebut, ia akan menyebabkan pengaruh pluralisme yang membawa kepada
kesamarataan agama di negara ini," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment