Acara Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh PKR di Kulim
Sabtu lepas, menampilkan penari separuh bogel yang disajikan untuk santapan
rakan sekutunya PAS dan DAP.
Ketua Pembangkang PKR Anwar Ibrahim berkata parti itu akan
menyiasat dan mengambil tindakan terhadap satu ranting parti itu yang didakwa
menganjurkan tarian dengan menampilkan wanita berpakaian mengghairahkan.
Anwar juga berkata parti itu mempunyai nilai tersendiri yang
patut disokong. (Macam haram jadah!)
Katanya, PKR akan mengambil tindakan sekiranya tarian itu
didapati tidak sesuai dan juga jika program berkenaan melibatkan parti.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut bentuk tindakan
yang akan diambil oleh parti ke atas cawangan parti yang didakwa menganjurkan
majlis tersebut.
Laporan akhbar berbahasa Cina hari ini menyebut, majlis
tersebut dianjurkan satu ranting PKR di Kulim.
Nampak gayanya... Ahli PKR Kulim dengan sengaja menganjurkan
tarian separuh bogel untuk menyindir dan memalukan Anwar Ibrahim yang pernah
diikaitkan dengan video seks chinadoll dulu....
Pisstttt jangan tuduh ini kerja UMNO pulak ya....
Yang baik itu datangnya dari UMNO yang Jahat itu datangnya
dari Pak Anuar!
No comments:
Post a Comment