Lu Jangan Lisau ... Gua Boleh Kawtim sama itu hamPAS
Sebahagian besar jabatan agama negeri sudah mempunyai
enakmen atau peraturan mengenai salah guna kalimah Allah dan kalimah-kalimah
yang lain. Hampir semua mufti juga mempunyai pandangan yang sama mengenai
perkara ini. Sudah sampai masanya tindakan diambil kepada yang ingkar.
Raja-raja dan Sultan sebagai Ketua Agama Negeri
masing-masing banyak yang sudah menyatakan sikap bahawa kalimah Allah tidak
boleh digunakan sesuka hati. Majlis Fatwa negeri dan negara telah membuat
keputusan yang sama. Majlis Agama negeri pun mesti tegas.
Autoriti atau bidang kuasa mengenai hal-hal agama bukan
milik Anwar Ibrahim dan DAP malah bukan juga milik Pas. Majlis Syura Pas
sepatutnya seiring dengan keputusan pihak lain yang berautoriti secara syarak
dan perundangan.
Siapa Lim Guan Eng mempersoalkan penggunaan kalimah Allah
bagi versi Melayu Bible sedangkan pihak yang berautoriti bukan dirinya. Siapa
Anwar yang membuat keputusan bahawa penggunaan kalimah Allah itu boleh,
sedangkan itu bukan bidang kuasanya juga.
Terang-terangan mereka menolak pihak yang berautoriti,
Majlis Agama Islam Negeri, Tuanku Raja-Raja dan Sultan, majlis fatwa, alim
ulama dan lain-lain. Sikap tidak menghormati autoriti agama ini adalah
kecenderungan biasa Anwar yang mencabar siapa saja yang tidak bersetuju
dengannya.
Hatta Majlis Syura Pas pun dipersoalkan autoritinya. Anwar
bukan ulama yang mempunyai autoriti ilmu dan mengeluarkan fatwa terhadap
isu-isu keagamaan. Beliau hanya 'bekas tokoh' gerakan Islam dan tidak juga
mujaddid yang tersohor untuk berbeza pendapat dengan ulama-ulama seperti Dr.
Haron Din umpamanya.
Gua Sudah Cakap Sama Lu .. Itu NikAjis sama itu Hadi Banyak Bolo laa !!
Hairannya pendirian Anwar diterima oleh sebilangan orang dan
Guan Eng amat gembira dengan pendirian Anwar ini kerana terperangkap dengan
strateginya.
Penulis percaya ulama Pas yang mula mengambil sikap dan
pendirian tegas menyebabkan Anwar cemas kerana isu ini terkait dengan persoalan
akidah.
Memahami Anwar dengan perangainya 'lawan tetap lawan'
menyebabkan Abdul Hadi Awang tersepit. Abdul Hadi belum lagi membuat kenyataan
yang tegas dan jelas. Kenyataannya sedang ditunggu oleh banyak pihak.
Persetujuan Abdul Hadi mengenai penggunaan kalimah Allah pada 8 Januari lalu
belum terungkai lagi.
Katakanlah Abdul Hadi tampil menyatakan secara terbuka
bahawa dia berdiri teguh dengan keputusan Majlis Syura dan Anwar menyatakan
sebaliknya, dengan sendirinya kenyataan Abdul Hadi pada 8 Januari itu terbatal.
Anwar tidak boleh memaksa Abdul Hadi mempertahankan
kenyataan 8 Januari itu kerana ia bercanggah dengan proses syura dan juga
syarak. Apa hujah syarak Anwar mengenai keputusan Majlis Syura Pas itu
sedangkan asas keputusan Majlis Syura Pas itu didukung oleh nas yang sahih dan
boleh dipertahankan.
Anwar hanya menggunakan logik akalnya saja dan pertimbangan
politik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. Anwar tidak mahu kerana isu
kalimah Allah, pakatan pecah. Anwar tidak sanggup menghadapi pilihan raya ini
tanpa Pas. Dilema Pas ialah bersetuju dengan pendirian Anwar bermakna
menggadaikan prinsip syarak yang menyentuh akidah.
Pas dijangkakan memilih prinsip syarak. Prinsip syarak
adalah segala-gala. Tidak bersetuju dengan kalimah Allah digunakan sesuka hati
oleh Anwar dan pakatan, dan pada masa yang sama masih boleh bekerjasama dalam
politik tentunya satu hal yang 'ajaib'.
Lebih bermaruah kalau Pas bertanding sendiri-sendiri tanpa
PKR dan DAP. Cara begini akan dihormati banyak pihak. Tapi bolehkah pakatan
berkuasa tanpa Pas. Dan bolehkah Pas memenangi banyak kerusi tanpa sokongan
pengundi DAP.
Pilihan raya semakin dekat, Pas tidak banyak masa untuk
berfikir strategi lain. Majlis Syura harus bersidang sekali lagi untuk
mengambil pendirian apakah syarie namanya berjuang dengan parti lain yang
meremehkan isu penggunaan kalimah Allah.
Atau Pas mengambil 'taqiyyah' atau maslahah supaya lelap
mata dengan isu kalimah Allah kerana yang penting ialah masih bersama pakatan
pembangkang kerana hajat hendak ke Putrajaya semakin tidak tertahan lagi.
Kalau itulah sikap yang diambil, keputusan Majlis Syura 13
Januari tidak memberi makna apa-apa bagi Pas dan tidak menggentarkan Anwar atau
menjadikan Guan Eng di pihak yang bersalah.
Lalu pilihan raya yang dilalui oleh Pas bersama pakatan
ibarat lupakan dulu perkara pokok mengenai kalimah Allah atas nama syarak dan
terus berjuang atas nama politik dan kuasa. Apakah itu akhirnya jalan yang
dipilih oleh Pas?
Suara Politik
Belantan
No comments:
Post a Comment