Tuesday, 1 January 2013
Ucapan SELAMAT TAHUN BARIU 2013 dari Topeng Rakyat
Assalamualaikum para sahabat blogger Topeng Rakyat!!
Salam ucapan selamat menyambut ketibaan Tahun 2013
yang pasti tahun 2012 banyak mencatat pebagai asam garam dalam arus perdana politik negara.
Jika hendak dihurai dan diperkatakan satu persatu, seperti tiada kesudahannya
Apa yang dapat dirumuskan secara ringkas, keberkesanan kepimpinan kerajaan Malaysia dibawah
kepimpinan YAB Perdana Menteri Dato Najib Tun Razak yang telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia serta transformasi negara, merupakan kemuncak kejayaan kepimpinan beliau.
Pastinya pihak lawan, terutamanya pembangkang amat cemburu diatas kejayaan beliau membawa dan mengembalikan semula kepercayaan rakyat untuk terus memberi kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional memerintah negara melalui PRU13 yang kian tiba.
Pada pihak pembangkang yang senantiasa melihat keburukan dari kebaikan kerajaan Barisan Nasional tidak dapat lari dari ketidak sependapat dikalangan rakan kongsi mereka. Penutup tahun 2012 dicemari kembali dengan Amanat Hadi, tindakan Lim Guan Eng meminta kerajaan membernarkan pengunaan perkataan ALLAH diguna pakai dalam kitab Bible, kerosakan melampau hutan balak dinegeri Kedah, murahatinya kerjaan Kelantan meanugerahkan tanah lebih dari 4000 ekar kepada pemimpin kanan DAP dan tindakan Anwar Ibrahim yang merancangan mengadakan perhimpunan Shamsidar sebagai saksi saman beliau terhadap Nallakarupan dan Utusan Malaysia sebanyak RM100 juta.
Itu hanyalah sebahagian kisah politiking yang menghiasai kalendar 2012. Moga tahun 2013 akan terus memihak kepada kerajaan Barisan Nasional !!!
Terima kasih rakan-rakan bloggers yang telah banyak membantu saya dan berkongsi kisah-kisah menarik sepanjang tahun 2012, walaupun TR masih "muda". Terima kasih pada "followers" yang senantiasa mengikut perkembangan politik semasa melalui laman blog Topeng Rakyat.
Mohon ampun maaf atas segalanya.
No comments:
Post a Comment