Sekarang ini di internet Kecoh diperkatakan tentang Sharifah
Zohrah berlawan dengan seorang pelajar yang juga aktivis parti sosialis dan
ahli seketeriat JERIT,K Bawani.Yang saya tak boleh tahan ada juga di kalangan
orang-orang Umno yang mengutuk Sharifah Zohrah.kenapa anda nak kutuk Sharifah
??? apa salah dia ??? mudahnya anda termakan propaganda pembangkang.Pembangkang
dah rasa terkedu dengan kejadian itu dan mereka dah merasa malu.Lalu mereka
pusing cerita seolah-olah Sharifah jahat. itu cerita sebenar.anda lihat sendiri
perhimpunan BERSIH !!! apa dah jadi ??? siapa ketua BERSIH ??? anda fikir di
situ.saya nak sambung balik.sebenarnya,Mereka terkedu sebab selama ini
cara-cara begitu didominasi oleh mereka dan mereka tak sangka ada orang pro BN
yang begitu berani berdepan dengan aktivis pembangkang sehingga tunduk dan
lari.
Selama ini PKR teruja dengan keberanian Lathefah Koya.Selama
ini mereka teruja dengan Adam Adli yang berani pergi ke pejabat Umno dan
turunkan gambar PM.Selama ini mereka teruja dengan tindakan Nizar melaung-laung
dalam Parlimen dan macam-macam benda gila yang sering mereka buat.anda tak
fikir ke semua Itu Wahai pembaca Badut Rakyat ??? apa pun ini adalah dari isi
hati saya,saya rasa apa yang dibuat oleh Sharifah sebenarnya jauh lebih baik
dari apa yang dilakukan oleh puak-puak mereka selama ini.Sharifah berani turun
berdepan dan dengan beberapa kali sebut perkataan listen tanpa perlu menjerit
atau meraung hingga seorang aktivis pembangkang boleh tunduk kepadanya,itulah
yang membuatkan pembangkang terkedu dan malu.Kemudian mereka pusing cerita
Sharifah kurang ajar dan untuk sedapkan cerita mereka kata menghalang mahasiswa
bersuara.Berlindung di sebalik nama mahasiswa pula.macamlah orang tak kenal
siapa itu K.Bawani.
cuba anda fikir,Mana lebih baik antara tindakan Sharifah
dengan tindakan Nurul Izzah dalam gereja beberapa bulan lepas ??? cuba anda fikir balik.apa yang saya
kata,tindakan Sharifah itu betul.makin diberi peluang si Bawani itu makin syok
berceramah.Jadi cara Sharifah potong itu adalah tepat.Tidak ada masalah.Cara
itu selalu dipraktikkan oleh Anwar apabila berdepan pihak media.Sharifah tidak
penampar atau bagi penyepak pada Bawani.Sharifah tidak menggomol atau menarik
rambut Bhawani.bayangkan kalau semua tu terjadi.makin syoklah puak pembangkang
goreng isu ini.
Sharifah berhentikan dia sebab dia sudah meleret-leret
apabila diberi peluang bertanya soalan atau kemukakan pendapat.Itu perkara
biasa dalam mana-mana forum untuk moderator atau panelis menghentikan soalan
daripada floor jika dah meleret-leret atau keluar dari topik atau jika terlalu
panjang sangat.Cuma yang luar biasa apabila Sharifah berani turun berdepan
dengan Bawani.Itu pun mungkin kerana Sharifah telah tahu siapa Bawani yang
sebenarnya dan kerana Bawani telah memutar belit apa yang dikatakan oleh
Sharifah sebelum itu Akhir sekali apa yang saya nak katakan, saya bangga dengan
keberanian Sharifah.Tahniah Sharifah !!!! Anda memang hebat.Jangan sesekali
anda berundur atau memohon maaf kepada Bawani seperti yang didesak sesetengah
pihak.Anda berada di landasan yang betul. Teruskan perjuangan....
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment