Sunday, 27 January 2013

RUSIA TIRU UNDANG-UNDANG SEKS LUAR TABIE MALAYSIA... ANWAR IBRAHIM HANGIN SATU BADAN!!!



MOSCOW 26 Jan. - Persidangan Parlimen Rusia, semalam menyokong rang undang-undang yang mengharamkan 'propaganda' homoseksual dalam kalangan kanak-kanak, tindakan yang akan membolehkan golongan gay disaman kerana mempamerkan perbuatan mereka atau bercium di tempat awam.

Ketika dibentangkan buat bacaan pertama semalam, sebanyak 388 anggota Parlimen mengundi menyokong rang undang-undang itu berbanding satu undi menentang.

Usul itu adalah usaha terbaru kerajaan pimpinan Vladimir Putin untuk mengetatkan undang-undang anti-gay di negara ini sejak beliau dipilih semula menjadi Presiden Rusia pada tahun lalu.

Undang-undang itu bertujuan mengekang rakyat negara ini berusia 18 tahun ke atas menyebarkan gejala itu yang disifatkan sebagai idea berbahaya daripada Barat yang mendapat sokongan media sosial.

"Lihat apa yang berlaku di Sepanyol dan Perancis...! Undang-undang ini sememangnya amat diperlukan di negara ini," kata timbalan ketua parti pemerintah, Parti Penyatuan Rusia, Dmitry Sablin.

Di luar Dewan Parlimen, sekumpulan penentang berpelukan dan bercium sesama pasangan sejenis masing-masing sebagai menolak rang undang-undang itu.

Polis bertindak meleraikan kumpulan itu. Menurut saksi, sebanyak 20 orang ditahan dalam insiden itu. - AFP

No comments:

Post a Comment