Apapun alasan yang diberikan oleh pucuk pimpinan PAS mengenai keputusan Majlis Syura parti itu mengugurkan Ustaz Nasharudin Isa sebagai anngotanya, ini sebagai bukti jelas bahawa usaha usaha besar sedang dilakukan oleh parti itu untuk mengenepikan pemimpin yang tidak mesra Anwar Ibrahim.
Walaupun kenyataan ini agak janggal tetapi inilah hakikatnya apabila Awnar yang terkenal dengan cita cita besarnya itu menguasai PAS dari luar tetapi berperanan penting dalam menentukan hala tuju poltik dan dasar parti itu asalkan ia boleh memberi keuntungan politik beliau. Penyingkiran Datuk HAsan Ali sebelum ini sudah dilihat jelas sebagai langkah pertama Anwar untuk melakukan satu transformasi politik dalam PAS agar golongan yang bersekutu dengannya saja boleh berada di dalam saf kepimpinan bagi memudahkanya membuat percaturan terutama dalam usahanya merampas Putrajaya bersama sama dengan DAP.
Anwar sedar tanpa sokongan PAS, dia tidak mampu bersama DAP untuk mencapai cita cita besarnya itu dan usaha untuk kahwinkan DAP dengan PAS juga bukan sesuatu misi yang mudah. Malahan beberapa bukti pertentangan pendapat antara Hasan Ali dan Ustaz Nasha dalam membina kerjasama di antara PAS dengan DAP jelas ketara, hinggakan timbul isu cabar mencabar antara Hasan dan Nasha dengan Karpal Singh sebelum ini.
Oleh itu liku liku yang menyukar laluan untuk DAP dan PAS duduk semeja mendorong Anwar melakukan sesuatu walaupun secara langsung atau tidak langsung walaupun dia tidak mempunyai sebarang kuasa rasmi dalam menentukan dasar PAS tetapi dengan membiakkan bakanya dalam PAS seperti Timbalan Presiden, Mohd Sabu,Naib Presiden, Husam Musa, Mahfuz Omar dan Salahudin Ayob yang memenangi pemilihan parti 2011 lalu sudah cukup bagi Anwar melancarkan dan menyusun apa sahaja strategi menguntungkan politik dia.
Dengan mengunakan alasan Nasha gagal memainkan peranan sebagai ahli Majlis Syura disamping isu lawatan Nasha bersama Perdana Menteri ke bumi Gaza baru baru ini, tekanan diberikan untuk membuka kepada keputusan penyingkiran Nasha.
PAstinya, isu penyingkiran ini tidak akan berakhir di situ saja, selepas ini akan ada lagi HAsaan Ali dan Nasha kedua dalam parti terutama mereka yang masih lantang menentang beberapa pandangan dan desakan daripada luar PAS seperti DAP dan PKR. Isu pengunaan kalimah Allah antara bukti pencanggah yang jelas dalama kerjasama rapuh mereka itu. Sama sama kita lihat nanti, siapa selepas ini yang tidak disenangi Anwar akan mengalami nasib yang sama seperti dua bekas pemimpin itu...
No comments:
Post a Comment