Amenoworld?
Cun siot...
Menarik dan tertarik apa yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Kamal Saidin penceramah bebas yang juga merupakan penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu semalam sewaktu program MYKMU bersama para Blogger dan Media.
Jom layan video dibawah ini sampai habis:
Tepat, padat dan benar itulah yang Gomo boleh katakan tentang apa yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Kamal Saidin sepertimana yang beliau nyatakan dalam video diatas. banyak sebenarnya yang kita rakyat boleh fikir tentang apa yang dilakukan oleh gerombolan Pakatan PAS,DAP dan PKR dalam menipu rakyat Malaysia namun untuk artikel ini Gomo tertarik dengan kata ustaz Saidin yang menyentuh isu "Lebuhraya Percuma Kelantan" yang dijanjikan kerajaan PAS tampa TOL.
Gambar diatas merupakan keratas akhbar yang cukup menarik pembaca terutamanya rakyat Kelantan terpengaruh dengan tajuk nya "Lebuh Raya Percuma" dan didalam keratan akhbar itu juga jelas menyatakan bahawa kerajaan PAS Kelantan akan membiayai sepenuhnya lebuhraya tersebut dengan nilai RM 1.9 Bilion.
Sememangnya menjadi tanggungjawap kerajaan yang mentadbir sesebuah negeri dalam membina infrastruktur buat rakyat dibawah pentadbiran mereka. Bukan sahaja di Kelantan malah negeri negeri lain juga begitu. Kerajaan sememangnya perlu menjalankan tanggungjawap mereka apabila sudah diberi kuasa undi oleh rakyat.
Namun apa yang sebenarnya kerajaan PAS Kelantan lakukan adalah MENIPU sepanjang masa. Kerajaan PAS yang sudah mentadbir Kelantan selama 22 tahun terus terusan menipu para pengundi Kelantan dengan bermacam macam janji palsu sehinggalah ke hari ini.
Gomo tidak mahu ambil contoh penipuan lain yang dilakukan kerajaan PAS Kelantan tetapi Gomo hanya nak tumpukan tentang janji PAS Kelantan tentang Lebuhraya percuma ini sahaja.
Selang seminggu selepas Hussam Musang Kaki Songlap wang rakyat Kelantan mengumumkan Lebuhraya Percuma tampa Tol maka keluarlah pula risalah dan banner baneer diseluruh negeri Kelantan tentang pembinaan Lebuhraya percuma itu. Gimik seperti biasa yang PAS buat bagi menunjukkan kerajaan PAS Kelantan peka dan perihatin dengan masaalah rakyat.
Banner diatas merupakan satu pekara jelas yang rakyat perlu faham dengan bijak terutamanya rakyat Kelantan. Banner yang mana meminta agar setiap rakyat Kelantan menyumbangkang wang bagi membina lebuhraya yang PAS katakan percuma itu.
Berbalik kepada apa yang Ustaz Mohd Kamal Saidin katakan dalam video tadi bahawa "Kerajaan PAS Kelantan belum lagi bina lebuhraya sudah kutip Tol" dan sememangnya itulah yang paling tepat kerana kutipan wang telah dijalankan terlebih dahulu berbanding tol yang hendak dibina oleh kerajaan PAS Kelantan.
Selepas 2 minggu pengumuman oleh Hussam Musang tentang lebuhraya percuma tampa tol maka digimikkan lagi dnegan program KERONI KERONInya dengan sumbangan derma sepertimana yang dipaparkan dalam gambar diatas.
Gimik yang biasa dilakukan oleh kerajaan PAS Kelantan untuk memperdaya rakyat Kelantan bahawa sudah ramai orang menderma kepada pembinaan lebuhraya percuma tampa Tol itu. Gomo turut difahamkan rakyat diminta untuk menyumbangkan RM 50 seorang bagi menyegerakan pembinaan lebuhraya tersebut.
Bagi rakyat yang terpedaya maka berebutlah menyumbang kepada kerajaan PAS Kelantan sampaikan ada yang fikir bahawa sumbangan tersebut pastinya akan ke SYORGA. Al maklum mereka yang terpedaya ini mudah ditipu dengan ayat kerajaan PAS Kelantan "Sumbangan Derma dan WAKAF". Dek kerana WAKAF maka para penderma yang ada kais pagi makan pagi ni beratur untuk menderma sedangkan hakikatnya mereka lupa kenyataan kerajaan PAS Kelantan bahawa Lebuhraya Percuma tersebut akan ditanggung oleh kerajaan PAS kelantan SEPENUHNYA.
Pihak pembangkang sering menyatakan kerajaan pusat kejam dan menindas rakyat malah dalam pembinaan lebuhraya yang ada hari ini semuanya dikecam oleh pihak pembangkang seolah olah kerajaan pusat "Muntahkedarah wang Rakyat".
Keroni Keroni sumbang RM 1 juta
bukan untuk rakyat tetapi untuk pimpinan kerajaan
PAS Kelantan.
Hakikatnya kerajaan pusat tahu kepentingan rakyat dan sebab itu kita dapat lihat apabila pembinaan lebuhraya dijalankan tidak ada kutipan wang yang diminta oleh kerajaan kepada rakyat sebaliknya pembinaan lebuhraya dibuat terlebih dahulu. Apabila siap lebuhraya itu barulah pihak konsesi menetapkan bayaran tol kepada pengguna jalanraya dan ianya juga dibawa dalam perbincangan dengan pihak kerajaan pusat bagi menentukan harga tol yang munasabah untuk rakyat membayarnya.Siapa yang menggunakan Tol maka merekalah yang akan membayarnya. Jika kita tidak guna tol maka tidak perlu bayar dan pekara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah serata dunia turut berlaku.
Rakyat perlu diberikan bantuan bukannya rakyat yang
berikan bantuan keewangan buat pentadbir seperti di Kelantan
Hanya di Kelantan sahaja setakat ini pembinaan lebuhraya dikutip Tol dahulu sebelum lebuhraya dibina. Satu pekara yang benar benar memerah keringat rakyat Kelantan. Gomo harap para pengundi Kelantan fikir dengan bijak janji Kerajaan PAS Kelantan dalam pekara ini. Dan minta anda semua nilai janji kerajaan PAS Kelantan dan janji Barisan Nasional di Kelantan.
Pengundi Kelantan patut menilai janji Dato Sri Najib Tun Razak dengan menjanjikan 7 projek dalam Manifesto untuk rakyat Kelantan KLIK DISINI.
sumber :PapaGomo
No comments:
Post a Comment