Tuesday, 22 January 2013
HUSAM BIKIN LAWAK BILA TEMBELANGNYA DIPECAHKAN NAJIB ABDUL RAZAK!!!
Tujuh janji yang dibuat oleh Najib Abdul Razak ketika lawatannya ke Kelantan minggu lepas, rupa-rupanya telah memanaskan punggung dan kepala Husam Musa. Husam Musa terpaksa memainkan isu Royalti Petroleum yang dijadikannya sebagai escapisme mengapa Kelantan di bawah PAS selama lebih 20 tahun, langsung tidak membangun berbanding negeri-negeri lain.
Mungkin bagi para pengikut PAS, jawapan Husam itu adalah WORLD CLASS punya taraf. Bagaimanapun, jikalau mereka rajin mentelaah dan membaca, maka mereka akan tahu bahawa Kelantan merupakan penerima peruntukan terbesar berbanding negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.
Bagaimanapun, segala peruntukan tersebut hilang lenyap begitu sahaja. Dan untuk menutup ceria tentang kehilangan peruntukan yang jumlahnya berpuluh bilion, Husam buat cerita tentang ROYALTI PETROLEUM.
Menurut Husam, janji yang dibuat oleh Najib Abdul Razak adalah satu penghinaan kepada rakyat Kelantan kerana menurutnya janji-janji tersebut hanya satu perkara sia-sia.
Apa yang sia-sianya kalau janji-janji Najib Abdul Razak akan tertunai sekiranya Kelantan dipulangkan kepada UMNO-BN? Apa untungnya pula Kelantan terus berada di tangan PAS, sedangkan pelbagai projek yang diprojekkan oleh Husam Musa, berakhir dengan kehilangan wang ringgit, bahkan Husam pula yang menjanakan pendapatan daripada derma orang ramai untuk tabung PAS sepertimana yang berlaku dalam Projek Lebuhraya Rakyat.
Husam nampaknya sudah tidak tentu arah dengan janji-janji Najib. Husam tahu, Najib berkeupayaan untuk menunaikan janji-janjinya tanpa perlu meratap merayu meminta derma daripada rakyat, bahkan menggunakan peruntukan yang diterima Kelantan setiap tahun dengan bertanggungjawab.
Sebenarnya, sebelum Husam Musa mengatakan janji-janji Najib Abdul Razak menghina rakyat Kelantan, seharusnya dia perlu menerangkan apa yang telah berlaku kepada pelbagai projek yang melibatkannya? Apa jadi dengan projek Depu? Apa yang berlaku dengan projek Gaharu? Apa yang berlaku dengan projek Kambing Jamnapari? Apa yang berlaku dengan Projek Lembah Sireh yang mana akhirnya tanah berkenaan diserahkan kepada syarikat mata sepet dengan harga yang teramat-amat murah? Bagaimana pula dengan projek pendaratan ikan?
Terlalu banyak projek ilham Husam Musa yang akhirnya cuba dibuat-buat lupa. Tidakkah Husam mahu menerangkan ke mana perginya segala peruntukan yang telah diterima untuk projek-projek berkenaan? Begitu juga dengan projek Dinar Emas dan Dirham Perak yang membabitkan seorang kaki penipu bernama Omar Vadillo yang khabarnya sekarang ini telah pun melarikan diri dari Malaysia?
Kenapa Husam Musa tak menerangkan kepada rakyat Kelantan, betapa mereka telah dibodohkan Husam Musa dengan projek-projek angin yang mana setiap sen dan ringgit berakhir di dalam akaun-akaun sulit yang sehingga sekarang, statusnya tidak diketahui.
Janji-janji Najib sekadar janji-janji pembangunan yang memang menggunakan peruntukan yang diterima Kelantan saban tahun. Sedangkan janji-janji Husam pula, semuanya bersifat asap dan kaput!!!
sumber : theflyingkick
No comments:
Post a Comment