Sunday, 27 January 2013
FUYOH! SEJARAH TUN MAHATHIR YANG AKAN BUATKAN PAKATAN JADI GILA MEROYAN! WAJIB DIBACA
Aku nak kisah ini dibaca oleh semua rakyat Malaysia! Tak kira la tua ke muda ke. Korang kena tahu jasa Tun Mahathir yang tak akan diceritakan oleh PAS, Anwar mahupun DAP. Benda ini mereka akan sorok dan mereka tak mahu anak-anak muda tahu perkara sebenar.
Apa yang aku tahu selama ini, Anwar menipu pengikut PAS yang memang dah sedia bahlol dan bodoh nak mampos dengan kisah dia yang emnciptakan UIA la, Bank Islam la dan segala macam islamik la, pada hakikatnya yang telah membuat segalanya itu adalah Tun Dr Mahathir.
Apa yang korang nak baca ni adalah baru sikit je, sangat sikit kalau nak dibanding dengan jasa Tun Mahathir. Kadang-kadang aku sedih tengok bagaimana penyokong Pakatan menghina beliau, kat negara sini yang banyak jasa dia ni. Padahal orang luar sanjung dia tinggi dengan segala apa yang telah dia lakukan.
Mari baca dan hayati apa yang aku petik dari SEL13.COM
Kalau dengar cerita Anwar Ibrahim, sememangnya, dia seorang sahajalah yang berani, yang pandai, yang hebat, yang bijaksana dan sebagainya. Namun sehingga ke hari ini, yang terbukti, dia hanyalah seorang penipu dan pelakon yang sangat hebat. Walaupun telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor bergaji seringgit, Anwar Ibrahim hanya pandai menggunakan kedudukannya itu untuk menyamun duit rakyat Selangor bagi tujuan dia berfoya-foya di luar negara tanpa satu sen pun dikembalikan kepada rakyat Selangor yang ternanti-nanti fungsi jawatan Penasihat Ekonomi Selangor itu.
Pernahkah anda mendengar langkah-langkah berani yang diambil oleh Anwar Ibrahim untuk membuktikan bahawa dia adalah seorang pemegang tanggungjawab ekonomi Malaysia selain daripada skandal memalukan apabila dia cuba menyerahkan ekonomi dan sistem perbankan negara ini kepada IMF dan apabila rancangannya tidak berjaya, dia menyalahkan Dr. Mahathir atas kejatuhan ekonomi dan kewangan Malaysia, walaupun satu dunia tahu, kejatuhan tersebut adalah disebabkan oleh serangan pasukan penyangak matawang, George Soros.
Dan akhirnya terbukti George Soros bekerjasama dengan Anwar Ibrahim, terutama menerusi bantuan yang diberikan oleh George Soros kepada PKR dan NGO-NGO pro Anwar Ibrahim untuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional selepas PRU12 menerusi demonstrasi dan kempen hasutan kebencian serta permusuhan agama.
Tentu ramai yang ingin tahu, mengapa Dr. Mahathir begitu dibenci oleh Barat dan Yahudi sedangkan dia bukanlah seorang pejuang bersenjata atau pengebom berani mati mahupun pemimpin yang kerap kali melaungkan jihad berdarah dan menjanjikan syurga kepada para pendengar serta pemercaya mereka?
Berikut adalah secebis daripada punca mengapa Dr. Mahathir dibenci oleh Kapitalis Barat walaupun Dr. Mahathir tidak pernah membangga-banggakan dirinya dengan tindakannya itu. Malah dia tidak menjadikan peristiwa-peristiwa tersebut sebagai pembuktian jasanya kepada negara, walaupun tindakannya itu memberikan anjakan besar kepada rakyat negara ini.
Agak malang kerana jasa-jasa besarnya itu mulai dilupakan oleh generasi baru kerana keasyikan mereka mendengar temberang Anwar Ibrahim dan konco-konconya.
Tahukah anda, orang yang paling benci dengan Mahathir bin Mohamad dari kalangan pemimpin Barat adalah Margaret Thatcher, bekas Perdana Menteri Britain yang telah dimalukan oleh Dr. Mahathir selepas kebongkakan Wanita Besi itu ditundukkan dengan cara yang sangat mudah.
Baca seterusnya di SEL13.com
No comments:
Post a Comment