Friday, 21 December 2012
Cili Kasi Taruk : TUN MAHATHIR BERSUARA TENTANG AMANAT HADI!
Semestinya pemimpin ulung negara Tun Mahathir Mohamad tiada tandingan baik dari segi pemikiran yang sentiasa malasegar (tak macam otak mereng Nik Ajis) walaupun telah mencecah usia 87 tahun dan pemikiran beliau terus mejadi kajian dan penyelidikan (tesis) diserata dunia, mahupun pengetahuan agama beliau yang tidak seperti puak-puak PAS yang merasakan pengetahuan mereka tentang agama Islam lebih Islam dari orang lain.
Perak Today atau House PK (SINI) berkongis infomasi apabila Tun Mahathir bersuara tentang amanat Hadi yang telah meruntuhkan keharmonian rumahtangga, berlakunya solat dua iman, sembelihan orang UMNO tidak halal, tidak sah nikah jika dinikahkan oleh orang UMNO, Iman PAS tidak mahu menyembahayang dan menyempurnakan jenazah yang dikatakan orang UMNO.
Amanat Hadi bukan saja menjadi tercetusnya pelbagai kerosakan antara sesama Melayu beragama Islam, malah lebih buruk lagi apabila mereka mengKAFIRkan UMNO. Dengan bertulangbelakangkan Nik Ajis yang berdendam dengan UMNO sejak zaman 70an lagi dan pelbagai fatwa rekaan beliau yang meloyakan, nescaya, umat Islam di Malaysia tidak akan dapat bersatu demi menyelamat dan mempertahanakan agama Islam sebagai agama rasmi seperti yang termaktub didalam perlembagaan negara.
No comments:
Post a Comment