Wednesday, 30 March 2016
Dua Tahun Berlalu, Apakah Misteri Mh370 Hampir Terungkai
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Dua tahun selepas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang bersama 239 penumpang serta anak kapal dan di sebalik penemuan beberapa bahagian kapal terbang yang ada kaitan dengan Boeing 777 itu, apakah kita semakin hampir merungkai misteri kehilangannya?
Mungkin penemuan serpihan pesawat memberi sedikit harapan untuk merungkai misteri pesawat MH370 yang hilang sejak pertengahan tahun 2015.
Ianya bermula dengan penemuan sekeping bahagian sayap pesawat di pantai French Reunion Island di Lautan Hindi pada 29 Julai 2015.
Penyiasat Perancis mengesahkan bahawa serpihan itu, 'flaperon' secara rasminya dikenal pasti kepunyaan Boeing 777 yang hilang. Pada lewat Februari 2016, seorang peguam Amerika, Blaine Gibson menemui sekeping lagi serpihan dipercayai daripada pesawat itu di Mozambique.
Penemuan Gibson mendorong seorang remaja Afrika Selatan, Liam Lotter, 18, tampil dengan sekeping serpihan yang juga ditemuinya di Mozambique pada bulan Disember 2015.
Kedua-dua serpihan itu dihantar ke Australia untuk dikaji oleh Geoscience Australia dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) di premis mereka di Canberra.
Pada 24 Mac, Kementerian Pengangkutan Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua serpihan yang dijumpai di Mozambique itu hampir pasti daripada pesawat yang hilang.
Terkini, sekeping lagi serpihan dijumpai pada Isnin (28 Mac) di Afrika Selatan, dipercayai ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang.
TERUSKAN PENCARIAN DI SELATAN LAUTAN HINDI
Bekas Ketua juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain apabila ditanya Bernama mengenai penemuan serpihan pesawat itu berkata penemuan itu menunjukkan pencarian perlu diteruskan di selatan Lautan Hindi.
"Penemuan serpihan selaras dengan model hanyutan dan sehingga ada maklumat baru yang mungkin menunjukkan di mana pesawat itu berakhir, pencarian perlu diteruskan di kawasan yang dibuat sekarang," tambahnya.
Nik Huzlan berharap pihak berkuasa akan melaksanakan kaedah yang lebih berkesan untuk mencari serpihan pesawat di kawasan itu.
Beliau mencadangkan pihak berkuasa mencatat serta mengenal pasti bahagian rangka pesawat yang boleh terapung, katalog serta mengambil gambar atau membuat grafik jelas serta taburan gambar di laman sesawang supaya mudah untuk orang memahaminya.
"Kemungkinan orang awam menemui dan mengabaikan kepingan serpihan amat tinggi kerana mereka tidak sedar ianya bahagian pesawat. "Ini jelas dalam kes remaja Afrika Selatan yang bercuti dengan keluarganya di Mozambique," katanya.
APA TANDA PENEMUAN?
Penemuan lebih banyak serpihan yang hampir pasti bahagian pesawat yang hilang menimbulkan persoalan apa yang berlaku ke atas kapal terbang itu sekarang?
Nik Huzlan menyatakan kebanyakan serpihan yang ditemui adalah dari rangka luar tetapi tidak ada yang datang dari bahagian dalam pesawat.
"Komponen luar kebanyakannya berat tetapi ada bahagian yang boleh terapung. Serpihan yang ditemui mempunyai paras mengapung yang tertentu dan ini membolehkan arus lautan membawanya jauh ke tempat di mana ia ditemui.
"Banyak bahagian sudah terdampar dan bertaburan di pinggir pantai dan hanya menunggu untuk ditemui.
"Banyak serpihan mungkin sudah sampai sehingga ke barat daya pinggir pantai Sumatra, Sri Lanka, Maldives, Diego Garcia, Madagascar dan pantai timur Afrika," jelasnya sambil menambah terdapat juga banyak pulau kecil dan atol yang mungkin memerangkap serpihan.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan dan Inovasi Universiti Kuala Lumpur, Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berpendapat penemuan serpihan di kawasan yang berbeza menunjukkan beberapa bahagian kapal terbang mungkin bersepai sewaktu pesawat menyentuh air.
Malahan jika kapal terbang mendarat menyerong atau dalam lingkungan kelajuan meluncur, masih ada kecenderungan untuk beberapa bahagian (di ekor atau sayap) terputus dari fiuslaj.
"Bahagian ini mempunyai paras mengapung yang tinggi dan untuk boleh terapung berbatu-batu dari kawasan utama pesawat terhempas sementara fiuslajnya tenggelam dan tinggal di dasar laut akibat berat dan kurang daya mengapung," katanya.
Beliau juga bersetuju dengan Kapt Nik Huzlan bahawa lebih banyak serpihan akan ditemui di pantai timur Afrika selaras dengan bentuk hanyutan.
TAMBAH RANTAU AFRIKA DALAM MISI MENCARI
Mohd Harridon mencadangkan pasukan pencari perlu juga membuka tender kepada organisasi lain untuk memeriksa kawasan sekitar rantau Afrika supaya ada lebih banyak peluang menemui serpihan dari MH370.
Langkah ini, kata beliau akan mewujudkan satu lagi lokasi pencarian sebagai tambahan kepada kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi.
"Tender juga perlu dibuka kepada institusi akademi dan pihak ini akan diberi peranan untuk menghasilkan persamaan matematik (mathematical equation) yang menyeluruh.
"Ini akan mengambil kira semua data yang kita ada sekarang dan mengkajinya untuk memperkemaskan lagi pencarian di selatan Lautan Hindi.
"Matematik adalah bahasa sains dan boleh menjelaskan fenomena yang kompleks dan beberapa organisasi di dunia, sebagai contoh Jabatan Jenayah di Amerika Syarikat menggunakan matematik untuk menyelesaikan misteri jenayah yang rumit," katanya.
Pesawat MH370 dengan 239 orang di dalamnya hilang dari radar sewaktu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.
Pada masa ini, usaha pencarian dijalankan di selatan Lautan Hindi di mana penerbangan MH370 dipercayai berakhir.
credit to : BERNAMA
#penarakyat #watanharian #m370
PM Najib Bakal Rasmi Sejiwa Senada Di Limbang Sabtu Ini - Abang Johari
LIMBANG, 30 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan program Sejiwa Senada (SJSN) di Kompleks Sukan Limbang pada Sabtu ini.
Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata sebanyak 155 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), jabatan serta agensi persekutuan dan negeri akan menyertai program tiga hari itu, yang akan berlangsung sehingga 3 April.
Program SJSN itu adalah yang ketujuh tahun ini, sejak dilancarkan di Miri pada Januari lepas, bagi mengeratkan hubungan kerajaan dengan rakyat melalui konsep 'turun padang', katanya pada sidang media di sini, Rabu.
Selain pameran dan jualan, SJSN juga mengadakan seminar pembangunan, ceramah, pertandingan sukan tradisional rakyat,demonstrasi masakan dan persembahan artis popular.
Kira-kira 100,000 orang dijangka mengunjungi program itu, yang turut menawarkan pelbagai cabutan bertuah dengan hadiah utamanya ialah kereta Perodua Axia.
Abang Johari yang juga Menteri Perumahan Sarawak berkata selepas Limbang, SJSN akan diadakan di Kompleks Sukan Sri Aman pada 8 hingga 10 April, Dewan Suarah Samarahan (15-17 April) dan berakhir di Metro City Matang di Kuching (22-24 April).
Perdana Menteri dijadual mengadakan lawatan kerja ke Miri pada 1 dan 2 April ini dengan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat pada Jumaat, merasmikan projek perumahan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Vista Perdana dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Miri pada Sabtu.
-- BERNAMA
LAPORAN TERHADAP MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ DIHANTAR KEPADA LEMBAGA DISIPLIN PARTI
Laporan berhubung tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berterusan mengkritik Presiden UMNO dan bersekongkol dengan pembangkang telah dihantar kepada Lembaga Disiplin parti.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sebagai sebuah parti berstruktur, tindakan mengikut peraturan atau perlembagaan parti itu perlu, walaupun secara asasnya perbuatan mereka boleh mengakibatkan tindakan disiplin diambil seperti digantung keahlian atau dipecat.
"Kita bukan seperti parti politik lain yang membuang ahlinya sesuka hati, UMNO mempunyai cara dan peraturan yang perlu diikut seperti termaktub dalam perlembagaan parti," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya di sini Selasa.
"Oleh itu, tunggulah mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang kerana saya juga menanti apa yang Lembaga Disiplin akan maklumkan kepada kami," katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan. Tengku Adnan berkata secara peribadi beliau berpandangan Muhyiddin dan Mukhriz sepatutnya mengisytiharkan diri keluar UMNO selepas tidak lagi bersetuju dengan parti itu. Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata pihaknya sedang memantau dan mengawasi perkembangan penyebaran ajaran sesat Millah Abraham@ Ibrahim yang dikesan menular di wilayah itu.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Putrajaya berkata perkembangan tidak sihat itu mula dikesan sejak lapan bulan lepas. "Apa yang diajar sangat memeningkan tetapi barangkali oleh kerana perkara yang disebut atau diajar itu nampak mudah seperti mudah hendak berkahwin atau mudah untuk bersembahyang, ada pihak mudah terpengaruh," katanya. Tengku Adnan berkata modus operandi kumpulan itu ialah berpakat sesama pengikut ajaran tersebut dengan menggunakan surau sebagai platform menyebarkan fahaman kepada khalayak. Dalam ajarannya mereka didapati mencampuradukkan ajaran Islam dan Kristian, katanya.
Dicatat oleh BAHA AZUWAN
Kenapa Miss Pi Sanggup Rugi 6 Ribu Sebulan ,Bayar Bank RM11 Ribu Dan Sewa Kepada Lim Guan Eng Hanya RM5 Ribu?
Terdapat keraguan berkaitan perjanjian sewa banglo di Jalan Pinhorn antara pemilik asalnya, Miss Phang Li Koon dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kata wakil Pemuda UMNO Pulau Pinang, Datuk Jeffri Salim.
“Berdasarkan bukti-bukti yang kita ada, kita dapati beliau (Miss Phang) telah menyewakan banglo tersebut sebelum ini dari tahun dari tahun 2009 hingga 2015 dengan harga RM5,000 sebulan.
“(Sedangkan) beliau sendiri membayar ansuran kepada pihak bank sebanyak RM11 ribu lebih sebulan.
“Jadi di sini, Phang Li Koon telah mengalami kerugian lebih RM6 ribu sebulan. (Kesemuanya) kita hitung, beliau mengalami kerugian hampir setengah juta.
“Jadi, kita minta pihak polis siasat berkenaan perkara ini,”katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Timur Laut, semalam.
- kredit pada pisau
Lim Guan Eng semakin hilang integriri
Tiada ada apa yang hebat dalam cerita politik semasa DAP selain kisah pembelian banglo 2.8 juta yang dijual oleh Pang kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan harga dibawah pasaran. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan kalangan ahli politik DAP yang cuba mempertahankan "BOSS" mereka lebih memburukan keadaan sehingga satu arahan dikeluarkan supaya tiada lagi kenyataan dibuat oleh mana-mana ahli DAP.
Dalam pada itu Teresa Kok dalam satu kenyataan mendakwa banglo Ketua Menteri, Lim guan Eng dijual pada harga murah disebabkan "Feng Shui" yang tidak bagus, atas sebab itu pemilik asal Miss Pang memutuskan untuk menjual pada harga yang "murah" kepada Lim, juga merupakan Setiausaha DAP yang jawatannya masih belum disahkan oleh ROS.
"Sebenarnya harga rumah (Guan Eng) tersebut lebih murah dari harga pasaran disebabkan Miss Phang rasa bangga dapat jual pada Katua Menteri Pulau Pinang. Sebab pada dia Feng Shui rumah tersebut tidak bagus sejak Guan Eng masuk kerana banyak tunjuk perasaan malah pengkebumian Guan Eng diadakan di luar rumah tersebut." katanya.
Persoalannya, adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bersikap telus dalam menjalankan siasatan atau akan menjadi seperti The Registry of Societies Malaysa (ROS) yang sehingga kini "membisu" mengenai keputusan pemilihan jawatankuasa DAP yang menjadi tandatanya.