Inilah akibatnya apabila terlalu ghairah ingin menunjukkan
sokongan dan mengambil hati Anwar Ibrahim, akibatnya ‘posting’ yang sebelum ini
diletakkan tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan. Saling tak ubah seperti
perumpamaan popular mengenai biskut satu ketika dahulu ‘sekejap ada, sekejap
tak ada’.
Ia berhubung tindakan bekas pemimpin Barisan Pembebasan
Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang secara tidak sengaja telah mengesahkan
hubungan baiknya dengan Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim seperti yang
di dakwa sebelum ini.
Misuari (yang mengaku masih memimpin MNLF, walaupun pada
hakikatnya telah lama disingkirkan) nyata tersilap langkah apabila memasukkan
di dalam entri laman sosial Facebooknya mengenai sokongan kepada Anwar
berhubung dakwaan liwatnya.
"We happy that the innocent are vindicated and that
truth and justice should always prevails", katanya yang merujuk kenyataan
bapa kepada mangsa liwat Anwar, Azlan Mohd Lazim.
Menyedari akan kesilapan yang dilakukan itu, posting Misuari
berkenaan kenyataan tersebut akhirnya ‘ghaib’ dari laman sosialnya tanpa
sebarang alasan yang kukuh. Atau mungkinkah bekas gabenor Mindanao itu telah
dihubungi oleh ‘orang-orang tertentu’ yang melihat posting tersebut seperti
membuka pekung di dada?
Walaupun secara dasarnya ia bukan merupakan satu kesalahan
namun secara prinsipnya ia berkait dengan hubungan rapatnya dengan Anwar.
Tambahan pula agensi berita antarabangsa dan media asing turut melaporkan
kenyataan dari unit perisikan tentera Filipina yang mengaitkan Anwar terhadap
pencerobohan bersenjata di Sabah.
Malah kenyataan Misuari sebelum ini juga dilihat
berbelit-belit, berbau propaganda dan penuh dengan tipu muslihat. Pada satu
ketika, dia menafikan terlibat dalam insiden pencerobohan di Sabah namun di
masa sama menyatakan akan menghantar tenteranya membantu pengikut Jamalul Kiram
yang semakin tertekan di Sabah.
Tidak cukup dengan itu, Misuari juga turut mengaitkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang menurutnya ‘mendengar cerita’ kononnya
kehadiran penceroboh adalah kerana jemputan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.
Untuk rekod, bekas Gabenor Wilayah Autonomi Mindanao itu
sebelum ini telah di tolak oleh rakyatnya kerana gagal membangunkan wilayah
kelahirannya, malah turut dikaitkan dengan amalan rasuah dan didakwa hanya
mengutamakan kepentingan diri.
Tun Mahathir ketika diminta mengulas mengenai Anwar
berhubung isu Sabah mengatakan hairan bagaimana boleh terpedaya untuk percaya
kepadanya semasa di dalam kerajaan suatu ketika dahulu.
“Dia (Anwar) penipu yang terbesar sampai saya pun tertipu.
"Kononnya warak, kononnya boleh (kendalikan) usrah tapi buat kerja yang
tak boleh diterima oleh orang Islam”.
Kesimpulannya sehingga kini, Anwar masih gagal menjawab
beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya sebilangan besar rakyat berhubung
tragedi berdarah yang melanda negara ini.
1. Mengapa Anwar ghairah berulang kali menyentuh soal Sabah
akan hilang. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.
2. Apakah yang beliau bincangkan semasa pertemuan dengan Nur
Misuari sebelum itu?
3. Menjawab berhubung dakwaan, terdapat pemimpin PKR lain
yang turut menemui pihak tertentu di selatan Filipina.
4. Dakwaan pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan
pemimpin pembangkang, sebagaimana dilaporkan Reuters dan media Filipina.
5. Pencerobohan tersebut dikatakan ada kaitan dengan janji
pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya
membentuk kerajaan kelak.
No comments:
Post a Comment