Wednesday 13 March 2013

Pengundi India Akan Ajar Sikap Angkuh, Bongkak Pembangkang Pada PRU 13



YANG NI INDIA MURTAD
Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan berkata pemimpin pembangkang tidak sepatutnya angkuh dan bongkak untuk menafikan peranan dan sokongan pengundi kaum India yang membolehkan mereka mencapai kejayaan pada  Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu.
Oleh sebab itu katanya, pakatan pembangkang harus sedar diri dan jangan terus memperlekehkan kaum India.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas berkaitan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang menggambarkan undi masyarakat India mampu dibeli dengan hanya sogokan wang serta ‘arak’.
Dilaporkan, Koo Ham melalui laman Twitternya baru-baru ini, yang mengeluarkan kenyataan berbunyi: For too long Beruas Indians hv been cheated for their votes by BN’s sarees, Milo, mutton curry & beers. (Sejak sekian lama, undi masyarakat India di Beruas telah ditipu dengan pakaian sari BN, Milo, kari kambing dan bir).
“Hinaan demi hinaan kepada kaum India olah DAP menggambarkan betapa jijiknya mereka ini sebagai seorang pemimpin. Saya amat kecewa… Cemuhan perkauman ini sebenarnya memang sudah menjadi budaya DAP. Ini secara tidak langsung membuktikan lagi bahawa DAP memang parti rasis.
“Teman-teman saya berbangsa India yang menjadi ahli DAP turut melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Ngeh tapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka ini hanyalah bonek di dalam DAP kononnya untuk menggambarkan DAP adalah parti untuk berbilang kaum.
“Namun hakikatnya DAP adalah parti untuk satu kaum sahaja. Di Barisan Nasional (BN) kita juga ada parti MIC dan MCA tapi kita tidak menghina bangsa lain. Kita saling menghormati sebab pembangunan dan kemakmuran negara dibantu oleh semua kaum,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Kamalanathan, penghinaan pemimpin DAP ini semakin membuat kaum India sedar bahawa selama ini mereka hanya dipergunakan oleh pakatan pembangkang untuk mendapat undi tetapi selepas itu kaum India tidak dipandang lagi.
Oleh yang demikian, kaum India harus memberi ‘pengajaran’ kepada pakatan pembangkang pada PRU ke-13 nanti.
“Buktikan kepada pakatan pembangkang ini bahawa kita kaum India turut memainkan peranan penting di negara ini. Buktikan bahawa tanpa undi kita mereka tidak akan berjaya,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment