Sunday 17 March 2013

Komen Ketua Pemuda Umno Terhadap Gambar Gay Anwar





Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang ditanya mengenai pendedahan terbaru ini semasa sidang akhbar selepas majlis bersama 700 jentera siber BN di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada lewat pagi Sabtu menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri kesahihan gambar-gambar itu.

Beliau mengingatkan samada lelaki itu Anwar atau bukan, jangan main tuduh-tuduh ia merupakan konspirasi BN.

"Apabila mereka tuduh ia konspirasi BN, maka kita kena jawab,"ujarnya.

Menurut Khairy, BN tak kuasa menentukan siapa hendak masuk ke bilik tidur siapa...

"Jangan tuduh BN mengamalkan politik longkang ,"tegasnya.

Nak kata fitnah atau apa... namun kebenaran tetap kebenaran.



Apa yang semua orang tunggu sejak pendedahan video seks 99.9 peratus tulin dulu ialah kebenaran.

Alasan bodoh video itu besi tidak boleh jadi bukti...hanya masuk kategori suatu jawapan yang cuba memperbodohkan minda segenap manusia atas muka bumi ini.

Kalau berani untuk tutup segalanya... jawapannya ialah satu siasatan terbuka.

Anwar boleh tidor lena jika namanya dibersih menerusi siasatan itu.

Kalau didapati benar itu Anwar,satu Malaysia boleh menarik nafas lega 'pelakon' ini boleh dianggap satu bahan sejarah yang pernah mewarnai senario politik negara.





No comments:

Post a Comment