Wednesday 13 March 2013

GEMPAR! Tentera Malaysia Duduk Di bawah Rumah Orang dan Di Reban Ayam


Teman rasa malu jugak! Bila seorang bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid yang mendakwa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya "duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam" ketika Ops Darurat. Wei! Nama pu  kerja risikan. Buat-buta tak tau pulak! Apa la bodoh biul! Teman ingat bila pernah duduk kerusi Timbalan Panglima Tentera Darat, pandai! Rupanya bodoh! Bukan bodoh lagi tapi biul dan bangang! Selalunya orang bodoh bangang je masuk Pakatan Rakyat. Maklum la, pernah mintak jadi directorship beberapa GLC dengan kerajaan BN tapi tak lepas sebab bodoh biul. Mintak tu pulak jadi chairman dan CEO. Orang bodoh mana boleh duduk kerusi tu! Ptuiii!!!

Berikut kenyataan penuh Kementerian Pertahanan kepada berhubung peranan ATM di Lahad Datu:

1. Misi yang diberikan adalah jelas mengikut peringkat strategik iaitu membantu PDRM mengawal situasi keselamatan sekiranya rundingan dengan penceroboh tersebut gagal. Di peringkat operational dan taktikal, pasukan diberikan misi yang lebih spesifik mengikut tugasan yang dilaksanakan seperti operasi mengepung dan mencari, penggeledahan, pembersihan, sekatan dan lain-lain berdasarkan perisikan yang diterima. Ianya hanya diberikan kepada pasukan yang melaksanakan tugas dan tidak dihebahkan kepada pihak umum untuk mengekalkan kerahsiaan.

2. Pelaksanaan sesuatu tugas operasi seperti yang dinyatakan sebelum ini, memerlukan pasukan diaturgerakkan di perkampungan, di kawasan atau di tempat yang sukar. Tugasan ini akan dilaksanakan asalkan misi yang ditetapkan tercapai.

3. Dalam konteks perisikan ianya dilaksanakan secara kolektif diperingkat stategik, operational dan taktikal yang melibatkan ATM, PDRM dan agensi keselamatan yang lain. Proses risikan ini memerlukan maklumat yang diterima ditapis dan dinilai mengikut keutamaan serta disahkan sebelum sebarang ketetetapan operasi dilaksanakan. Harus diingatkan sebarang maklumat perisikan yang diterima mestilah tepat. Perisikan yang tidak lengkap dan dibuat secara tergesa-gesa boleh menjejaskan perlaksanaan operasi dan dikhuatiri menimbulkan spekulasi serta boleh dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab." (UTUSAN)


- sumber Apple Biru

No comments:

Post a Comment