Sunday 17 March 2013

Gambar Homoseks: Anwar Tuduh UMNO Pulak?


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan gambar seorang lelaki miripnya mengadakan seks dengan seorang lelaki lain yang dimuatkan di dalam sebuah blog sebagai fitnah Umno dan media pro parti itu.
"Fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya.

"Umno menggunakan media untuk menyebarkan fitnah, itu namanya Melayu muslim," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Dialog Anak Muda bersama Anwar di Bandar Utama, sabtu.

Beliau berkata demikian selepas pegawal peribadi beliau beberapa kali melarang wartawan menghampiri Anwar untuk bertanyakan mengenai gambar-gambar itu yang disiarkan dalam blog rajagoyang360.blogspot.com.

Malah seorang daripada mereka menuduh wartawan Antarapos sebagai munafik.

Wartawan Antarapos, Siti Sofia Md Nasir dimaki dan dikasari beberapa kali oleh pengawal peribadi Anwar apabila beliau bersama wartawan Malaysiakini dan Agenda Daily cuba mendapatkan reaksi Anwar selepas majlis dialog itu.

Anwar pada mulanya tidak mahu memberikan kenyataan dan akur dengan tindakan pegawai-pegawainya melarang wartawan daripada menghampirinya selepas majlis itu.

Bagaimanapun sejurus selepas beliau keluar daripada bilik jamuan untuk pulang, Anwar terus menuduh Umno sebagai pihak di sebalik gambar-gambar itu.

Gambar hitam putih yang dipaparkan dalam blog itu menunjukkan lelaki yang menyerupai Anwar memasuki sebuah bilik sehinggalah beberapa aksi mesra termasuk gambar bogelnya.

Setakat ini pimpinan PKR yang dihubungi Antarapos enggan mengulas lanjut.

Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin berkata beliau sudah menjangkakan terdapat siri baru skandal yang cuba dikaitkan dengan majikannya itu.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul pula enggan mengulas lanjut atas alasan belum melihat gambar-gambar itu.

Sementara Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad gagal dihubungi.

Anwar sebelum ini didakwa dua kali di mahkamah di atas tuduhan liwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998 apabila beliau didapati bersalah meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar ketika beliau masih dalam kerajaan.

Selepas dipenjarakan enam tahun, Anwar akhirnya dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya.

Pada 2008, Anwar dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan. Bagaimanapun beliau dibebaskan selepas Mahkamah Tinggi mempertikaikan bukti DNA yang dikemukakan oleh pendakwaraya.

-AntaraPos

No comments:

Post a Comment