Monday 18 March 2013

BEKAS PEGAWAI TENTERA JANGAN JADI BANGSAT BOCOR RAHSIA NEGARA - BEKAS TENTERA


Bekas pegawai tentera jangan jadi bangsat dan talibarut pengkhianat sepatutnya mereka perlu menyimpan rahsia negara walaupun tidak lagi berada dalam perkhidmatan, menurut dua persatuan bekas tentera.

Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) dan Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor hari ini kesal dengan tindakan beberapa bekas pegawai tertinggi tentera yang mengkritik kerajaan serta pasukan tentera secara terbuka baru-baru ini.

Presiden Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor, Mohd Shahni Ismail berkata selepas bersara, bekas tentera seharusnya sentiasa mendukung kedaulatan negara seperti mana ketika masih dalam perkhidmatan.

"Apa yang kita tengok mereka (bekas jeneral) ini bukan setakat membelakangkan kerajaan tetapi membocorkan rahsia keselamatan kerajaan, sedangkan semasa berkhidmat mereka telah melafazkan sumpah taat setia dalam menyimpan rahsia negara yang mana tidak boleh dibocorkan sehingga hujung nyawa sekali pun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama persatuan itu.

Beliau berkata sepatutnya bekas-bekas jeneral ini membantu negara dalam memberi nasihat dan pandangan bagaimana hendak mengatasi pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah daripada menpersoalkan tindakan kerajaan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Presiden PVTM Mohd Ali Baharom berharap kerajaan tidak bertolak ansur danmengambil tindakan tegas terhadap pengkhianat negara yang didapati cuba mengkucar-kacirkan negara.

No comments:

Post a Comment