Thursday 14 March 2013

ADUN DAP TERATAI PECAH AMANAH, DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN


YB Adun Teratai, Jenice Lee  dilaporkan akan dikenakan tindakan disiplin kerana pecah amanah. Beliau dikaitkan dengan Tembok Taman Seraya di Teratai.

Tindakan ini akan  memberi kesan kepada masa depan politik Jenice dan berkemungkin beliau tidak lagi dibenarkan bertanding dalam PRU akan datang. Tindakan disiplin yang dikenakan sudah tentu berkait rapat dengan aduan seorang penjaja yang mendakwa ditipu
wang berjumlah RM13,500 atas kegagalan mejelaskan bayaran 18 buku tiket konsert anjuran Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 11 Februari 2012.





Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Jenice Lee hari ini didakwa menipu seorang penjaja berjumlah RM13,500 atas kegagalan menjelaskan bayaran 18 buku tiket konsert anjuran Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan (Thean Hou Temple) pada 11 Februari lalu.Tam Kim Swee berkata tiket tersebut diserahkan kepada Jenice atas kepercayaan pejabat ADUN DAP itu akan membayarnya semula namun tidak diendahkan.Menurut beliau, Jenice sebaliknya memberi alasan bahawa tiket konsert itu diberikan secara percuma.

“Saya sudah pergi ke pejabat dia sudah tiga kali saya jumpa dia punya sekretari. Dia (Jenice) cakap tak payah bayar.“Jadi saya mahu balik wang saya, saya rasa tertipu dengan dia (Jenice Lee),” katanya.Tam berkata tindakan ADUN Teratai itu menyebabkan beliau terpaksa meminjam duit sebanyak RM13,500 untuk membayar hutang kepada persatuan itu.Justeru satu laporan polis telah dibuat pada 25 September lalu terhadap Jenice.“Saya sudah buat satu laporan polis, biar orang tahu (Jenice) ni macam mana orangnya sebenarnya, laporan polis tersebut bertarikh 25 September lalu,” katanya.













No comments:

Post a Comment